Pesakit didatangi pocong di wad ICU

Jakarta – Pengguna media sosial digemparkan dengan satu kejadian aneh yang berlaku di sebuah hospital.
Dipetik dari AsiaOne, penampakkan itu terjadi kepada seorang pesakit yang kelihatan dalam keadaan tidak bermaya sedang terbaring diatas katilnya di wad ICU.
Pesakit didatangi pocong di wad ICU
Dalam rakaman video berkenaan, satu bayang berwarna coklat telah terlihat sedang mundar mandir di tepi katil pesakit berkenaan.
Video yang tular di Facebook itu dimuat naik oleh akaun bernama ‘Kumpulan Berbagai Macam Video’.  Pemilik asal akaun ini masih tidak diketahui.
Sumber menyatakan bahawa akaun Facebook berkenaan selalu memuat naik video atau foto lucu, seram, dan juga tutorial.
Akaun Facebook berkenaan sudah terkenal dikalangan pengguna media sosial dan mempunyai 41.963 pengguna yang menyukai akaun ini.
Lokasi hospital berkenaan dirahsiakan.  Pemilik akaun berkenaan hanya menulis “Yang takut jangan lihat, lelaki ini sedang dirawat diwad ICU tapi telah didatangi pocong… hiii menakutkan” pada ruangan komen video berkenaan.
Video itu telah ditonton lebih dari 451,000 kali dan telah dikongsi sebanyak lebih dari 3,500 kali.  Pelbagai komen serius hingga kelakar telah diberi oleh penguna media sosial.
Menurut akaun yang bernama Mechmet’z Kerehore, “Tali pocong itu minta dilepas.”
“Itu bukan pocong tapi malaikat mencabut nyawa sudah tunggu.” kata Princess Nia Kurnia.
“Kalau pocong Indonesia warnanya putih tapi kenapa yang ini warna coklat?,” kata Mohamad Noval pula.
“Tengok video saja sudah rasa takut… ehhh terus ketawa lepas baca komen pocong kena buli” kata Sofi Safaat.
Walaupun video tu tular dan menjadi bualan penduduk, ada juga penguna media social yang mempersoal keaslian video tersebut.
Previous
Next Post »
loading...