Jertih: Seorang warga emas maut dalam
kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Gong Deuk, Jalan
Jertih-Keruak, dekat sini, kelmarin.
Dalam kemalangan jam 5.30 petang, mangsa, Wan Mat Wan
Ismail, 75, dari Kampung Alur Belanga, di sini, meninggal dunia di tempat
kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd
Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal menghala ke
Kampung Pasir Akar sebelum dilanggar kereta Proton Waja dari arah belakang.
“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh ke laluan
bertentangan sebelum dia dilanggar pula sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan
mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut
untuk dibedah siasat,” katanya.