Beijing: Kerana kenakalannya, kepala seorang
kanak-kanak terperangkap antara dua pintu kaca di sebuah hospital di wilayah
Guangdong.
Rakaman disiarkan di laman MiaoPai menunjukkan budak
lelaki itu berdiri di pintu masuk di tingkat satu Hospital Rakyat Raoping,
Chaozhou, dengan kepalanya berada di celah dua pintu selepas dia cuba
menyelitkan diri dalam ruang kecil berkenaan.
Bomba terpaksa dihubungi selepas kanak-kanak itu gagal
dilepaskan oleh orang ramai.
Budak
itu dipercayai cuba meloloskan dirinya antara pintu berkenaan untuk masuk ke
ruang utama di tingkat satu tetapi malangnya kepalanya saja yang ‘lepas.’
Berdasarkan rakaman video, ruangan itu terlalu kecil dan
hanya mampu memuatkan tangan seorang dewasa.
Orang ramai cuba membantu budak berkenaan dengan memegang
kepalanya untuk membantu menyokongnya.
Ibu
kanak-kanak itu juga berada di situ. Bomba hanya mengambil masa beberapa minit
untuk melepaskannya dan budak itu dikatakan tidak mengalami sebarang
kecederaan.