BOGOTA: Gara-gara
terdesak, seorang wanita Colombia sanggup menelan wang kertas berjumlah
AS$7,000 (RM28,000) ketika bergaduh dengan suaminya, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Mirror wanita berusia 30 tahun itu
menelan wang kertas not AS$100 yang merupakan wang yang diperoleh hasil menjual
beberapa barangan elekrik di rumahnya dan mahu digunakan untuk pergi bercuti
bersama suami.
Bagaimanapun punca pergaduhan kedua-dua pasangan itu
tidak dapat dipastikan tetapi doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk
mengeluarkan wang kertas daripada perut wanita terbabit.
Menurut Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti
Satander,, sebanyak 57 keping not AS$100 dikeluarkan daripada perut dan usus
kecil wanita yang tidak dinamakan itu.
Kebanyakan wang kertas terbabit dikeluarkan menerusi
saluran usus manakala kecil dan selebihnya melalui usus besar.
“Duit itu ditelan tanpa dibaluti dengan plastik,
menunjukkan tindakan wanita itu sebagai terdesak,” katanya.