Phnom Penh, Kemboja: Seorang doktor Britain
berusia 69 tahun yang ditahan kerana disyaki membayar sejumlah wang untuk
melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak Kemboja berusia semuda 12 tahun,
didapati memiliki beg mengandungi pakaian kanak-kanak dan patung mainan Barbie.
Clive Cressy, 69, dari Hove, East Sussex, ditahan di
sebuah kafe di sini, Khamis minggu lalu, dan didakwa semalam.
Lelaki itu dituduh membayar sejumlah wang untuk melakukan
hubungan seks dengan empat kanak-kanak dan remaja perempuan berusia 12, 13, 14
dan 15. Menurut polis, dia membayar hampir RM13,000 untuk hubungan seks yang
mangsa yang masih dara.
Polis yang menggeledah rumahnya di sini, menemui sejumlah
cecair pelicin dan alat bantu seks.
Teman wanitanya dari Vietnam, Chea Sokthy, 27, yang juga
ditahan, mencari kanak-kanak perempuan terbabit, dipercayai ‘membeli’ mereka.
Pasangan itu dihadapkan ke Mahkamah Perbandaran Phnom
Penh semalam, dan ditahan reman dipenjara menunggu perbicaraan.
Menurut jurucakap mahkamah, Y Rin, doktor berkenaan
didakwa melanggan pelacuran kanak-kanak manakala wanita itu didakwa bersubahat
dengan pelacuran kanak-kanak.
Ketua Polis bahagian pemerdagangan manusia Phnom Penh,
Keo Thea, berkata polis menyiasat kegiatan Cressy selama beberapa bulan dan
mendapati lelaki itu memasuki Kemboja tiga kali sebagai pelancong sepanjang
tempoh itu.
Menurut NKD
news, Cressy membayar AS$3,000 (RM12,980) kepada remaja perempuan berusia 14
tahun yang masih dara untuk hubungan seks dengannya manakala budak perempuan
lain dibayar antara AS$200 (RM865) hingga AS$300 (RM1,298).