Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ni memang suka tindas rakyat, mengkhianati
rakyat, tak pernah peduli pasal nasib serta hidup rakyat di negeri di bawah
pemerintahannya. Terbaru, dia menindas penjaja Melayu di pasar malam.
Buktinya, Azmin kantoi menindas orang melayu apabila
seramai lebih 10 penjaja pasar malam di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor
tampil untuk membuat laporan di bangunan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
kerana membantah tindakan pihak berkuasa tempatan yang mengenakan cukai
taksiran ke atas mereka.
Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota
(Perkata), Adzly Ab Manas yang mewakili penjaja kecil itu berkata, Azmin dan
kerajaan negeri tersebut bertindak menindas penjaja Melayu dengan mengenakan
cukai melalui MPS.
Mereka menganggap tindakan tersebut sebagai tidak adil
kerana ia sama sekali bertentangan dengan dasar yang dilaungkan kerajaan
Selangor iaitu membantu golongan susah atau penjaja Melayu.
Penjaja Melayu di pasar malam kawasan tersebut kecewa dan
sangat terkejut kerana secara tiba-tiba menerima notis-notis cukai yang selama
ini tidak pernah dikenakan kepada mereka.
Walau bagaimanapun, mereka mengakui bahawa penjaja yang
mencari rezeki di pasar malam terbabit rata-ratanya tidak mempunyai lesen. Akan
tetapi, mereka telah beberapa kali memohon namun hingga sekarang lesen tidak
diberikan.
Penjaja disitu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang
hanya tahu membebankan rakyat dengan pelbagai kadar cukai yang tidak masuk
akal, sepatutnya Azmin membantu rakyat bukannya membebankan lagi mereka.