Remaja 15 tahun mati minum racun rumpai

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar tingkatan tiga yang dikenali sebagai S.Pravin, 15, maut kerana keracunan jenis racun rumpai. Ada pihak mendakwa pelajar itu telah dipaksa meminum racun oleh sekumpulan pelajar yang ditegurnya kerana menghidu gam.
Remaja 15 tahun mati minum racun rumpai
Malah, ada juga yang mengatakan kumpulan pelajar tersebut adalah kumpulan gangster remaja India dan ada juga yang mendakwa kumpulan pelajar tersebut adalah dari rakan sekolahnya yang sudah lama berdendam dengan sikap dan tingkahlaku Pravin yang dilihat terlalu agresif di sekolah dan dalam kehidupan sehariannya.
Namun begitu, apa yang paling mendukacitakan terdapat juga tuduhan liar dengan cuba membangkitkan isu sensitif dan perkauman atas insiden yang berlaku di Nilai itu.
Sekumpulan netizen yang tidak bertanggungjawab ini mendakwa si mati dipaksa meminum racun oleh sekumpulan pelajar Melayu yang datang dari sekitar Nilai untuk mengambil tindakan ke atas kelakuan Pravin yang dikatakan terlalu agresif itu.
Laporan bedah siasat ke aras Pravin telah dikeluarkan menunjukkan mangsa mati akibat minum racun dan tidak ada tanda yang menunjukkan mangsa telah dipaksa melakukan perbuatan itu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, hasil bedah siasat juga tidak menunjukkan kesan kecederaan di tangan, kaki dan badan yang menunjukkan remaja itu dipaksa individu lain untuk minum racun.
“Selain itu, tidak ada kesan luka dalaman pada mulut dan tekak mangsa tetapi terdapat beberapa kesan luka lama akibat hirisan di lengan kirinya,” katanya.
Apa yang ingin dijelaskan di sini, berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dari beberapa sumber mendapati kematian Pravin adalah berpunca dari hubungan “CINTA TAK BERBALAS” dari seorang pelajar wanita yang sebaya dengannya.
Nama pelajar wanita yang namanya masih dirahsiakan dan masih tidak didedahkan identitinya atas faktor keselamatan, adalah punca sebenar mendiang mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan meminum racun dari kebun berhampiran.
Beberapa dakwaan dan berita palsu yang tersebar adalah lebih mengeruhkan keadaan dan menganggu siasatan. Bagi mempercepatkan proses siasatan dan meredakan keadaan, para ahli keluar terdekat dan rakan-rakan kepada mendiang sepatutnya bertenang.
Janganlah cepat melatah dan jangan pula memperbesarkan isu ini kerana siasatan dari pihak polis semestinya sedang dijalankan untuk mendapatkan bukti kukuh bagi mengenalpasti punca kematian yang sebenar.
Malah kerjasama dari pihak ahli keluarga dan saksi yang mempunyai bukti dan pengetahuan mengenai insiden ini diharap dapat tampil untuk memberi keterangan atau menyerahkan barang bukti yang ada kepada pihak polis bagi memudahkan kelancaran siasatan.
Diharap rakyat Malaysia perlu lebih peka dengan isu-isu sensitif seperti ini dan tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu. Kerana segala tuduhan tersebut adalah amat dangkal dan dianggap cuba menyentuh sensitiviti kaum yang hidup aman damai di Malaysia.
Biarlah pihak berwajib sahaja yang menjalankan siasatan ke atas kes tersebut seterusnya menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Previous
Next Post »
loading...