Telekung baru pengguna LRT

Kuala Lumpur: Bermula semalam, pengguna wanita transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling, selain monorel dari KL Sentral hingga Titiwangsa tidak perlu bimbang untuk menunaikan solat di surau stesen pengangkutan awam itu disebabkan tidak membawa telekung.
Telekung baru pengguna LRT
Ini kerana masalah terbabit diselesaikan apabila Bank Muamalat Berhad dengan kerjasama Prasarana mengambil inisiatif melaksanakan Projek Telekung.
Dalam program itu, 148 telekung baru disumbangkan ke 74 surau di setiap stesen laluan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Berhad Datuk Mohd Redza Syah Abdul Wahid berkata, RM10,000 diperuntukkan untuk program berkenaan termasuk kelengkapan solat lain seperti sejadah, tasbih, kain pelekat dan selipar.
“Idea program ini tercetus disebabkan kebanyakan surau stesen LRT tidak mempunyai kelengkapan solat yang sempurna seperti telekung kotor, lusuh, buruk dan berbau hapak kerana tidak dicuci.
“Setiap surau diberikan dua helai telekung baru supaya pengguna LRT dapat menunaikan solat dengan sempurna dan selesa,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Projek Telekung Bank Muamalat Bersama Prasarana di Stesen LRT Masjid Jamek, di sini, semalam.

Previous
Next Post »
loading...