Wanita Afghanistan kini sudah berani membuka tudung

GAMBAR dilekatkan pada cermin tingkap menjanjikan banyak perkara - solekan mata hebat dan riasan kuku yang terang serta menyerlah. Namun sebaik memasuki mana-mana salun kecantikan di Kabul, Afghanistan apa yang dipaparkan pada gambar sebenarnya ‘jauh ketinggalan’ berbanding keadaan sebenar.

Sejak regim Taliban ditumbangkan pada 2011, salun kecantikan kecil yang menawarkan solekan glamor mula muncul di ibu kota Afghanistan itu. Kemunculan salun kecantikan berkenaan secara tidak langsung memberi sentuhan feminin yang bergemerlapan kepada bandar berhabuk, penuh dengan ancaman dan didominasi oleh lelaki itu.
Di pusat bandar Kabul, salun kecantikan ini memenuhi semua ruang kedai di sepanjang jalan. Ruang dalam salun dilapisi poster memaparkan solekan tebal dan dandanan rambut yang sofistikated bagi menghalang pandangan lelaki yang lalu-lalang. Malah pada pintu masuk juga diletakkan bidai atau langsir.
Sebaik melepasi ‘sempadan’ ini, wanita Afghanistan dengan senang hati membuka tudung, selendang, burqa atau jubah yang dipakai. Masing-masing dengan gaya tersendiri sama ada memakai legging, baju berleher besar atau jiperak (baju bertali halus).
Di sinilah wanita dari semua peringkat umur boleh berbual dengan selesa walaupun diselangi bunyi mesin pengering rambut dan diselubungi bau losen serta varnis.
“Keluarga juga seronok membawa anak perempuan mereka ke sini kerana semuanya hanya untuk orang perempuan, mereka tahu keadaan di sini selamat,” kata pemilik salun Henna, Athena Hashemi.
Pengusaha muda berusia 32 tahun yang berambut panjang dan hanya mengoleskan solekan nipis pada wajahnya membuka salun itu dua tahun lalu selepas mendapat latihan di Dubai. Kini dia mempunyai 17 jurusolek.
“Mereka adalah jurusolek terbaik di bandar ini,” kata seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali dengan nama Muzhda ketika rambutnya diberikan dandanan kompleks.
Salun Henna itu memang popular dan sering dikunjungi orang kaya dan artis tempatan, malah ia juga mengenakan caj paling mahal bagi ‘pek istimewa pengantin’ dengan harga 9,000 afghani (RM590) dan 6,000 afghani (RM384) bagi pembuangan bulu roma seluruh badan.
Dandanan Muzhda itu agak istimewa kerana kakaknya melangsungkan perkahwinan pada malam berkenaan. Bukan dia saja yang mendapatkan dandanan di situ malah seluruh ahli keluarga perempuan juga datang beramai-ramai untuk disolek, merapikan kuku dan menghias tangan mereka dengan lorekan inai.
Semuanya sudah bersedia dengan gaun malam masing-masing yang sarat bersulam tetapi menunggu saat akhir untuk menyarungkan kasut tumit tinggi mereka sebagai pelengkap penampilan.
“Wanita Afghanistan sekarang sudah pandai bergaya,” kata seorang pelanggan.
Solekan glamor lebih diminati
Solekan yang mencabar riasan tradisional Afghanistan kini lebih digemari contohnya penggunaan bedak asas, celak tebal mengelilingi mata yang dihiasi bulu mata palsu dan pembayang mata berwarna terang.
“Mereka (pelanggan) selalu cakap, ‘Tambah lagi! Tambah lagi!” kata Athena.
Ketika ditemui, seorang wanita yang mukanya disapu bedak tebal berwarna putih melangkah masuk. Dia mahu mendapatkan bantuan jurusolek di Henna untuk ‘memperbaiki’ solekannya yang serba tidak menjadi.
“Tengok apa yang mereka lakukan pada muka dia. Inilah akibatnya kalau pergi ke salun lain yang tiada jurusolek berkemahiran,” rungut Athena.
Seorang pelanggan, Hama, yang bekerja sebagai doktor di hospital bersalin di bandar itu tiba bersama anak perempuannya. Itu kali pertama mereka mengunjungi salun Henna. Hama mahu anaknya disolek rapi untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya.
Selepas disolek ringkas, ditambah bulu mata palsu, pembayang mata berwarna keemasan dan gincu bibir rona merah jambu terang, anak Hama, Mariam yang baru mencecah 16 tahun kelihatan seperti wanita berusia 30 tahun!
Bukan mudah untuk wanita Afghanistan keluar bersuka ria. Majlis perkahwinan adalah antara acara yang membuka peluang untuk wanita keluar bersosial, kata Hama sambil menyemat pin pada rambut Mariam yang hitam berkilat.
Walaupun Taliban sudah digulingkan, serangan keganasan dan penculikan sentiasa berlaku di Kabul. Ini menyebabkan Hama dan keluarganya serta penduduk lain mengambil langkah berhati-hati dan tidak lagi makan di restoran. Malah mereka juga mengelak daripada pergi ke majlis yang besar, tidak lagi mengunjungi lokasi yang pernah menjadi tawanan Taliban.

Jadi, satu-satunya peluang untuk bersosial adalah ketika majlis perkahwinan dan wanita bebas berdandan mengikut selera masing-masing.
Beberapa tahun lalu, seorang penyelidik muda, Rima Kohli, melihat kesan solekan ke atas wanita Afghanistan selepas 40 tahun hidup dalam peperangan termasuk penderitaan sepanjang regim Taliban berkuasa.
Wanita Afghanistan kini sudah berani membuka tudung
“Wanita adalah kumpulan yang paling terkesan dek peperangan khususnya dari segi psikologi, emosi dan mental,” katanya.
“Jadi, bermula dengan langkah kecil, seperti usaha yang membuatkan mereka rasa cantik akan memberi tenaga positif kepada wanita. Ia adalah langkah permulaan untuk masuk dan menangani isu yang lebih besar,” sambungnya.
Bagaimanapun, bukan semua orang menerima kehadiran salun kecantikan ini dengan hati terbuka. Kumpulan konservatif terus membenci kewujudan salun kecantikan ini. Kesannya turut dirasai oleh pengusaha seperti Athena.
“Hari ini atau beberapa tahun akan datang, mereka tetap tidak suka dan boleh mengancam kami. Namun kami perlu berdiri teguh,” katanya tegas.
Previous
Next Post »
loading...