TUAH ibu tunggal

TUAH menyebelahi ibu tunggal apabila memenangi motosikal Modenas Kriss MR1 bernilai RM4,800 menerusi acara cabutan bertuah di Pasar Wanita di Langkawi, semalam.
TUAH ibu tunggal
Nur Jamilah Harun, 26, menyifatkan kemenangannya adalah rezeki kerana dapat digunakan untuk menggantikan motosikal milik bapanya, Harun Ladin, 48, yang dicuri lebih setahun lalu.
Pekerja kedai roti yang berasal dari Kuala Perlis, Perlis itu juga mengakui terkejut apabila kupon penyertaannya bagi acara anjuran Pejabat Daerah Langkawi dan Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah itu.
"Sebenarnya saya sudah bosan menunggu acara cabutan bertuah ini yang berlangsung agak lama dan mengajak rakan untuk pulang, bagaimana pun mereka (rakan) enggan dan mahu menunggu hingga tamat acara.
"Betullah kata orang kalau dah rezeki tak ke mana. Tak sangka rezeki memihak pada saya.... syukur sangat kerana boleh digunakan untuk menggantikan motosikal bapa yang hilang dicuri orang," katanya ketika ditemui di sini.
Selain motosikal sebagai hadiah utama, peralatan elektrik dan hamper turut ditawarkan kepada pengunjung menerusi acara cabutan bertuah sempena Pasar Wanita yang berlangsung selama 12 hari di Dataran Pekan Rabu, di sini.

Penyampaian hadiah cabutan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainuddin Kadir.
Previous
Next Post »
loading...