URUT maksiat! Itu antara kegiatan ditawarkan
gadis genit warga asing yang sanggup mengurut pelanggan dalam keadaan bogel di
sebuah pusat refleksologi.
Bagi memastikan pelanggan tertarik mengambil pakej
disediakan, pemilik premis di Plaza Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur, akan
memastikan semua gadis berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun menanti pelanggan
di pintu masuk premis dengan gaya seksi.
Aktiviti tidak bermoral ditawarkan dua gadis masing -
masing warga Vietnam dan Thailand itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota
Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur diketuai Penolong Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan merangkap Ketua Unit Risikan, Operasi dan Tahanannya, Mohd
Shahrulnizam Ismail yang menyerbu premis berkenaan.
Dalam serbuan jam 6 petang kelmarin, pemeriksaan
mendapati dua gadis berbogel bersama pelanggan tanpa menyedari premis itu
dikepung pihak berkuasa.
Mohd Shahrulnizam berkata, premis itu dipercayai mula
beroperasi seawal jam 1 petang dan menawarkan urutan dan khidmat seks kepada
pelanggan khususnya golongan elit.