IMPIAN penyokong dan sebahagian peminat untuk
menyaksikan Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop, 20, menjuarai Mentor
Milenia 2017, Ahad lalu berkecai apabila tewas kepada Angelica Paujin atau
Elica, 17, yang mencipta kejutan.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan ramalan awal
peserta dari Kulim, Kedah ini bakal juara kerana kemunculannya di pentas Mentor
Milenia 2017 dikatakan mengulangi fenomena ‘Tsumawi’ pada Akademi Fantasia
ketiga pada 2005.
Walaupun tewas, Usop tetap berpuas hati kerana Mentor
Milenia dianggap platform terbaik memperkenalkan namanya kepada masyarakat.
Namun, di sebalik populariti yang dikecapi, terdengar
pula cakap-cakap kurang enak dalam kalangan media mengatakan protege kepada
Hazama ini kurang mesra dengan mereka.
Malah, Usop dikatakan enggan memberikan nombor telefonnya
apabila diminta sedangkan artis terkenal lain pun tidak berkira berkongsi
nombor telefon dengan wartawan.
Ikuti penjelasan Usop kepada wartawan Ridzuan Abdul
Rahman () mengenai perkara itu.