Alor Setar: Kanak-kanak lelaki patah tangan
kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang diboncengnya di Jalan Simpang
Kuala, Pekan Simpang Kuala, di sini, hari ini.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa berusia tujuh tahun
membonceng motosikal ditunggang ibunya melalui jalan berkenaan sebelum
tiba-tiba terjatuh dan tangannya tersepit.
Kejadian mengerikan itu disedari ibunya yang segera
memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan anaknya, sebelum dibantu orang
ramai yang melalui jalan tempat kejadian.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan
Raja, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazeri Kasa berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 1.58 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit
kemudian.
"Setibanya di tempat kejadian didapati tangan
kanak-kanak lelaki tersepit pada motosikal dan diselamatkan oleh orang awam.
"Mangsa
kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan
lanjut," katanya. /HM