Kaherah: Kerana mahu menggembirakan hati si
isteri, seorang lelaki tergamak menghalau ibunya sendiri dan membiarkan wanita
tua berkenaan merempat di tepi jalan.
Zaynab Sayed Ghoneim Slim yang berusia 80 tahun menjadi
gelandangan di sebatang jalan di bandar Qalyubia selepas dihalau dari rumah
oleh anak lelakinya.
Kisah Zaynab mula mendapat perhatian selepas seorang
wanita memfailkan aduan kepada Majlis Menteri pada Khamis lalu selepas melihat
wanita tua itu tidur di tepi jalan.
Menurut portal berita Al Arabiya, wanita itu turut
memohon supaya Zaynab ditempatkan di rumah perlindungan warga tua.
Tidak lama selepas laporan dibuat, Menteri Perpaduan
Sosial, Ghada Wal menghantar sekumpulan petugas untuk menyiasat aduan itu. /HM