PIHAK berkuasa
Maha Sarakham, Thailand sedang mempertimbangkan untuk menebang pokok di kawasan
hutan wilayah tersebut selepas terbongkar ia menjadi lokasi melampiaskan nafsu
di kalangan remaja.
Penemuan beratus seluar dalam dan kondom, mencetuskan
kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan pihak berkuasa yang menganggap gejala
tersebut memalukan.
Pihak berkuasa sedang memantau lokasi tersebut bagi
memastikan tiada lagi aktiviti seksual berlaku.
Malah,mereka turut mencari pemilik tanah untuk
mendapatkan kebenaran membersihkan lubuk seks tersebut.