SEORANG kanak-kanak lelaki
berusia 12 tahun ditemui mati tergantung di dapur rumahnya di Felda Cahaya
Baru, Masai, Pasir Gudang, Johor petang semalam.
Mayat mangsa ditemui ibu saudaranya dan apabila polis
sampai di tempat kejadian, mayat sudah diturunkan jiran kira-kira pukul 4.25
petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abdul
Aziz berkata, ketika kejadian, kakak mangsa keluar bekerja, manakala ibunya ke
kedai.
Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama ibu saudara
mendakwa dia mahu mandi, namun wanita itu terkejut apabila menemui mangsa
tergantung di ruang dapur.
“Mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan
Cahaya Baru Masai itu dikatakan mengalami kemurungan sejak bapanya meninggal
dunia tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut
dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.
Jenazah mangsa yang dijadikan anak angkat keluarga
berkenaan sejak dilahirkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya
Baru, Masai kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis. – MYNEWSHUB.CC