SEORANG budak lelaki yang
bimbang akan mendapat markah `merah’ kerana terlupa membawa buku teks ke
sekolah, telah menggantung diri.
Budak berusia 12 tahun itu, Tyrese Glasgow, terpaksa
balik semula ke rumahnya di Greater Manchester untuk mengambil buku namun
disebabkan dia tertinggal kunci rumah dalam kereta ibunya, maka dia mengambil
masa yang lama untuk masuk ke dalam rumah.
Tyrese bimbang keadaan itu akan melambatkannya ke sekolah
dan ini boleh menyebabkan rekod pengajiannya terjejas.
Tanpa berfikir panjang, dia mengambil jalan pintas dengan
menggantung diri di pintu masuk ke biliknya.
Keadaan berkenaan hanya disedari oleh ibunya, Katy Cross,
32, selepas guru sekolah Tyrese di Saddleworth School menghubungi wanita
berkenaan bagi memaklumkan anaknya tidak hadir ke sekolah.
Selepas panggilan tidak berjawab, Katy pulang ke rumahnya
dan terkejut apabila mendapati anaknya tergantung.
Dia dan pasangannya, Brian cuba memberi bantuan
pernafasan namun gagal.
Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi
mengetahui punca kematian budak berkenaan.
Inkues itu juga dimaklumkan Tyrese merupakan pelajar
pintar namun perpisahan ibu dan bapanya telah memberikan kesan kepadanya.