Jakarta: Mitsubishi Indonesia mencari seorang
bayi lelaki bernama Pajero Sport selepas kanak-kanak berkenan yang dinamakan
sempena nama kenderaan buatan Jepun itu tular di media sosial.
Liputan 6 melaporkan, bayi itu tular di Internet selepas
satu kad yang mengumumkan kelahiran kanak-kanak berkenaan dimuat naik di laman
sosial baru-baru ini.
Dalam kad berkenaan, bayi yang dinamakan Pajero Sport itu
adalah anak kepada pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti yang lahir pada 26
April lalu.
Pajero Sport adalah nama model kenderaan pacuan empat
roda keluaran Mitsubishi yang popular di Indonesia.
Selepas bayi itu tular di Internet PT Mitsubishi Motors
Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selaku ejen tunggal Mistubishi di Indonesia
dilaporkan mahu mencari kanak-kanak berkenaan.
Perkara itu diumumkan ketua perhubungan awam dan
tanggungjawab sosial korporat MMKSI, Intan Vidiasari dalam akaun media sosial
syarikat itu yang dikenali sebagai Mamabishi.
“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai nombor telefon
keluarga bayi bernama Pajero Sport dan anak keempat pasangan M Muis Iskandar
dan Ibu Novi Yanti sila hubungi Mamabishi.
“Mamabishi
teringin bertemu dengan bayi itu untuk mengucapkan selamat dan terima kasih,”
katanya dalam akaun berkenaan.