KECOH di laman Twitter baru-baru ini apabila
satu screenshot mesej seorang penyampai radio tempatan
bersama seorang gadis dari Sepanyol menjadi tular di laman sosial.
Menerusi mesej tersebut, penyampai radio itu dikatakan
telah meminta gambar buah dada gadis tersebut yang juga merupakan Instafamous secara direct message di laman Instagram.
Mesej itu didedahkan oleh seorang netizen yang dikenali
sebagai Jilliyana, yang juga merupakan rakan kepada gadis tersebut.
“Lelaki
Melayu zaman sekarang. He send this to my Spanish friend. What an idiot?“ tulis
Jilliyana.
Perkongsian itu ternyata mengejutkan peminat tanah air
sekali gus membuatkan penyampai radio tersebut teruk menerima kritikan.
Susulan dakwaan itu, penyampai radio di sebuah stesen
tempatan berkenaan tampil menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa laman Instagramnya
telah digodam.
“Aku kena hack dan
ini bukan aku!!! Kepada yang godam aku ini tolong hentikan!!! Ini bukan aku!” antara
katanya.
Bagaimanapun, kami difahamkan laman Instagram lelaki ini
telah dinyahaktif atas sebab yang tidak diketahui.
Dalam pada itu, ada yang percaya dia bertindak sedemikian
dan ada juga yang tidak mempercayainya memandangkan pernah mengalami insiden
akaun Instagramnya pernah digodam sebelum ini.
“Rasanya
saya percaya account dia
kena hack… Account saya juga pernah cuba dicerobohi dan rasanya dia tak lah
sebodoh itu nak guna account sendiri
untuk minta gambar yang bukan-bukan,” tulis
Rose Hassan.
“DM itu
bukan dia yang hantar dan akaun tu memang diceroboh oleh pihak yang tak
bertanggung jawab. Saya kenal dia, dan dia bukan orang begitu. Ada ke orang
yang nak jatuhkan air muka sendiri guna akaun sendiri buat benda yang akan
memalukan diri? Stop sebarkan
fitnah ni,” kata
Hirfarizuan.
Kalau betul akaun Instagram penyampai radio ini digodam,
alahai kesian sungguh tak pasal-pasal dicaci atas perbuatan orang lain.
Apa pun, gadis Sepanyol itu memang cantik dan
gambar-gambarnya pun memang seksi habis! Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk
membuat atau meminta perkara-perkara yang tidak senonoh.