PASANGAN kekasih warga emas, Jeff Adams dan
Sue nampaknya memang sangat ‘berjimat’ dalam perbelanjaan majlis perkahwinan
mereka apabila tidak perlu berbelanja besar dari segi busana kahwin untuk
meraikan hari bahagia mereka.
Ini kerana Jeff dan Sue mengambil keputusan mengabadikan
upacara pernikahan mereka dengan hanya ‘berbusanakan’ telanjang bulat.

Jeff, 54, dan Sue, 47, kedua-duanya berasal dari England
melangsungkan pernikahan di sebuah resort di Toowoomba, Queensland, Australia,
baru-baru ini.
Menurut Sue, perkahwinan kali keduanya ini baharu
betul-betul dia dapat mencapai impiannya untuk bergaya ‘natural’.
“Ini adalah
peluang untuk saya abadikan tema perkahwinan yang diingini, sebab pada
perkahwinan pertama saya tak dapat berbuat demikian.
“Pada saya
majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam kehidupan
seseorang dan saya tak dapat semua itu dalam majlis perkahwinan sebelum ini.
“Jadi untuk
kali ini saya pastikan pernikahan saya dengan Jeff akan mengikut seperti mana
kata hati kami, jika ada yang tak dapat menerimanya (tema bogel), kami tak
ambil kisah pun,” kata Sue.
Sue, ibu tiga anak, dan Jeff berkenalan di laman sosial
dua tahun lalu sebelum mengetahui yang mereka sebenarnya tinggal berdekatan satu
sama lain di sebuah perkampungan di Queensland.
Selepas hampir empat bulan berkenalan, mereka meluangkan
masa bercuti bersama di sebuah pantai yang dibenarkan untuk berbogel di Byron
Bay, New South Wales selain pernah melancong ke sebuah resort nudist (gelaran
untuk orang yang suka bertelanjang di kawasan terbuka) di Croatia pada Jun
tahun lalu.
Jeff melamar Sue di lokasi sama dengan majis perkahwinan
mereka pada Oktober lalu.

“Walaupun
tiada seorang pun ahli keluarga kami yang datang, kami tetap gembira dengan
perjalanan majlis perkahwinan seperti mana yang dikehendaki.
“Kebanyakan
jemputan kami hendak datang, tapi bila mengetahui tema majlis adalah perlu
datang berbogel, mereka keberatan, mungkin mereka takut nak tayang badan di
hadapan orang ramai.
“Orang akan
jadi lebih ramah dan terbuka dengan kita bila kita berbogel. Tiada apa yang
perlu disembunyikan, tiada siapa yang mahu ‘bergusti’ dengan lelaki bogel,” ujar
Jeff lagi bagi mempertahankan hujah tema perkahwinan yang dipilih mereka.