PENGUNJUNG sebuah kelab
malam popular di ibu negara gempar apabila seorang wanita tempatan pengsan di
lantai berlumuran darah akibat payudaranya ‘meletup’ memercikkan cairan
melekit.
Menurut portal antarabangsa, insiden yang sebenarnya
berlaku pada malam minggu lalu itu menyebabkan ratusan pengunjung premis yang
dirahsiakan namanya cemas seketika apabila menyangka ada pembunuhan kejam
berlaku.
Menurut sumber polis yang enggan didedahkan namanya,
mangsa dikenal pasti sebagai penduduk Kuala Lumpur yang sering mengunjungi
kelab malam itu untuk berhibur dengan menari sambil mabuk akibat pengaruh
alkohol.
“Saya kebetulan dekat wanita seksi itu yang bersama
seorang lelaki tinggi lampai mungkin warga Barat sepanjang malam berpegangan
erat tangan dalam keadaan khayal,” kata seorang saksi yang tidak mahu namanya
disiarkan.
Menurut beberapa saksi lagi, pasangan itu berdakapan agak
ghairah dengan si lelaki asyik memasukkan tangannya ke dalam skirt mini sambil
meramas bahagian pejal montok buah dada wanita muda tersebut beberapa kali.
“Mereka langsung tidaa perasaan malu sehingga menyebabkan
beberapa pengunjung menegur pasangan itu agar pergi melakukan hubungan seks di
dalam bilik hotel berdekatan jika tidak tahan,” kata seorang saksi lain pula.
Namun kira-kira pukul 1.30 pagi, ketika lelaki tersebut
khusyuk meramas kuat payudara pasangannya, tiba-tiba buah dada wanita itu
meletup menyebabkan cairan bertaburan di lantai dan wanita berkenaan menjerit
kesakitan.
Mangsa kemudian rebah mengakibatkan ramai pengunjung yang
sedang menari turut panik ketakutan melarikan diri apabila mereka pada mulanya
menyangka wanita itu diserang kerana bahagian buah dadanya dipenuhi darah.
Beberapa pengawal keselamatan kemudian bergegas memberi
bantuan kecemasan dan kawasan itu ditutup untuk membolehkan pasukan perubatan
yang datang melakukan rawatan awal sebelum dibawa ke sebuah hospital.
Pihak polis yang tiba juga menutup kelab malam itu
sepanjang hari untuk siasatan forensik manakala mangsa dilaporkan terpaksa
menjalani pembedahan untuk membaik pulih payudaranya yang agak rosak dipicit
kuat.
Doktor mengesahkan bahawa buah dada wanita berkenaan
dijangka mengambil masa agak lama untuk dipulihkan kembali kepada asal manakala
pesakit tersebut bakal mempunyai kesan parut dan emosi untuk jangka masa lama.
Dalam pada itu, siasatan awal mendapati mangsa mungkin
pernah menjalani pembedahan kosmetik untuk menjadikan payudaranya montok hebat
di luar negara dengan kos murah.