Nepal cuba menyogok polis

Muar: Polis Muar menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 24 tahun kerana cuba menyogok anggotanya dalam kejadian di Parit Jawa, di sini, 8 malam tadi.
Nepal cuba menyogok polis
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian itu dua anggotanya melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota kami menahan lelaki itu dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati suspek tiada lesen memandu dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.
"Ketika anggota kami menjalankan siasatan di lokasi suspek cuba menyogok anggota berkenaan dengan nilai suapan kira-kira RM100 termasuk mata wang asing.
"Anggota menolak tawaran itu beberapa kali dan pada masa sama memberi amaran, namun suspek tetap berkeras menghulurkan wang menyebabkan dia ditahan dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Akta Imigresen selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Previous
Next Post »
loading...