Kota Bharu: Suri rumah meninggal dunia di
dalam pacuan empat rodanya selepas sesak nafas di Kampung Cherang,di sini, hari
ini.
Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Mazlina Mohamad, 45, dalam
perjalanan untuk menghantar tiga anaknya ke sekolah di Tanjong Mas di sini
sebelum sesak nafas.
Anaknya, Nurul Aqlami Aula Abdul Aziz, 9, berkata, ibunya
memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas sesak nafas.
Katanya, ibunya kemudian turun dari kenderaan dan baring
di tempat duduk belakang.
" Ketika itu saya lihat ibu kelihatan seperti
keletihan sebelum terus baring di tempat duduk belakang.
"Ibu kemudian tidak sedarkan diri dan meninggal
dunia," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja
Perempuan Zainab II, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten
Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes
diklasifikasikan mati mengejut.