BARU-BARU ini pelakon
Anzalna Nasir ada memuat naik gambar buah mangga di laman Instagramnya; lantas
membuatkan peminat setia aktres cantik ini membuat andaian bahawa si empunya
diri kini sedang berbadan dua.
Mengulas mengenai perkara itu, Anzalna menafikan dia kini
sedang hamil seperti mana telahan yang dibuat orang luar.
Menurutnya lagi, buah mangga sememangnya merupakan di
antara buah kegemarannya.
“Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi
niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu
saya sedang mengidam hamil.
“Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau
makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak
berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka
ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya
memiliki anak sendiri,” katanya kepada mStar Online.
Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga
pada 21 Februari tahun lalu selepas lebih 10 tahun berkenalan.
Pelakon
berusia 29 tahun ini juga meminta peminat terus mendoakan agar dia dan suami
dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.