Hulu Terengganu: Pelawak, Sulaiman Yassin
atau lebih dikenali sebagai Mat Over yang mendapat perhatian ramai berikutan
insiden menampar penerbit filem, David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak ketika sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50)
di Putrajaya pada Rabu lalu, seolah-olah sudah mahu melupakan peristiwa itu.
di Putrajaya pada Rabu lalu, seolah-olah sudah mahu melupakan peristiwa itu.
Beliau yang hadir ke Program Santai Bersama
Mat Over sempena majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017, di sini, semalam, tidak putus-putus menyampaikan jenaka, selain mendendangkan lagu untuk menghiburkan orang ramai.
Mat Over sempena majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017, di sini, semalam, tidak putus-putus menyampaikan jenaka, selain mendendangkan lagu untuk menghiburkan orang ramai.
Sepanjang hampir empat jam di majlis itu, Mat Over tidak
jemu melayan kerenah peminat untuk bergambar bersama dengannya.
Ada juga dalam kalangan yang hadir kedengaran memuji
tindakan pelawak itu, tetapi dia hanya tersenyum tanpa memberi maklum balas.
Mat Over juga enggan mengulas insiden berkenaan ketika
ditanya wartawan dan menganggap segala-galanya sudah selesai.
Insiden itu
berlaku apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang
tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada
penonton di barisan hadapan.