Kesukaran hidup memaksa Nasimah berhijrah ke Malaysia pada usia muda

Kuala Lumpur: Kehidupan sukar di kampung halamannya di Myanmar, memaksa Nasimah Nur Muhammad, 16, berhijrah ke Malaysia pada usia muda, lima tahun lalu.

Kesukaran hidup memaksa Nasimah berhijrah ke Malaysia pada usia muda
Anak bongsu daripada empat beradik itu, terpaksa mencekalkan hati mengikuti bapa saudaranya menempuh perjalanan yang berisiko dan panjang menggunakan bot ke Thailand dari Kampung Kot Taung, Myanmar sebelum menaiki kenderaan untuk bertemu ibunya yang berada di Kuala Lumpur terlebih dulu.
“Hanya ibu dan seorang abang yang berada di sini (Kuala Lumpur), manakala saya, ayah dan dua abang lagi menetap di kampung.
“Walaupun perkampungan kami masih aman dan tidak berlaku peperangan, kesukaran hidup dapat dirasai termasuk mendapatkan makan dan minum khususnya selepas ayah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran dan Anak Yatim Ke-17, semalam.

Nasimah berkata, disebabkan bimbang keadaan semakin meruncing di kampung halaman, ibunya meminta gadis itu mengikuti bapa saudara yang kebetulan hendak ke Malaysia pada 2012. /HM
Previous
Next Post »
loading...