BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini
mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu ‘berjalan’
ketika mahu dimandikan buat pertama kali.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial Jumaat lalu,
tidak dapat dipastikan di hopital mana bayi perempuan berkenaan dilahirkan
namun berdasarkan pakaian seragam bidan itu, ia dipercayai di Hospital Santa
Cruz, Rio Grande do Sul, selatan Brazil.
Bayi biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk berdiri
dengan sokongan orang dewasa dan antara sembilan hingga setahun untuk berjalan.
Dalam video itu, bidan berkenaan ternyata terperanjat
dengan kemampuan bayi yang baru beberapa minit dilahirkan mahu berjalan
sendiri.
Bidan itu bercakap dalam bahasa Portugis: “Oh, ‘budak
perempuan’ ini berjalan.”
Seorang lagi berkata: “Tunggu, biar saya rakam ini.”
Bidan dalam video itu menjelaskan dia mahu memandikan
bayi berkenaan namun bayi itu mahu berdiri dan berjalan.
“Saya mahu memandikannya, dia asyik berdiri untuk
berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya.
Menurut
Daily Mail, video itu sudah ditonton lebih 50 juta kali dan dikongsi 1.3 juta
kali di Facebook.