Cape Town, Afrika Selatan: Lima anggota polis
disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan
mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.
Rakaman video itu menunjukkan empat lelaki yang ditangkap
mencuri epal diarah berdiri di tepi sebatang jalan di Theewaterskloof di
Wastern Cape.
Beberapa anggota polis kemudiannya dilihat mengambil
beberapa epal yang dirampas daripada kumpulan pencuri itu dan terus merejam
mereka dengan buah berkenaan.
Lelaki itu dilihat cuba melindungi diri dan menjerit
kesakitan apabila epal berkenaan yang dibaling mengenai tubuh mereka.
Anggota polis itu dilihat membaling epal berkenaan sekuat
hati dan mengenai bahagian belakang, kepala serta kaki pencuri itu.