New Delhi: Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila
seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di
sebuah kolam di kampungnya.
Santosh
Ku Dash, 30, dari kampung Potadhia di Balasore sedang menangkap ikan itu
menggunakan tangannya ketika berenang bersama rakannya.
Kerana
teruja, dia membuka mulut untuk menjerit memanggil rakannya namun tanpa
disangka ikan itu melompat terus ke dalam tekaknya, menyebabkannya tercekik.
Akibatnya,
Dash tidak dapat bernafas selain kesakitan dan dikejarkan ke hospital. Doktor
cuba mengeluarkan ikan itu tetapi gagal dan menghantarnya ke hospital lain.
Dr
Sanjeev Gupta yang merawatnya berkata, hasil pemeriksaan mendapati luka teruk
di dalam kerongkong Dash manakala ekor ikan itu dapat dilihat dengan jelas.
“Kami
memberikannya bius dan mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit,” katanya.
Menurutnya, Dash terpaksa makan
menggunakan tiub selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.