PELAWAK dan penyampai radio terkenal, Johan
berkata dia tidak suka dengan sikap peminatnya yang sanggup membazir dan
menghabiskan duit mereka semata-mata demi mengundinya dalam mana-mana
pertandingan.
Menurut Johan lagi, dia berharap agar peminatnya
membelanjakan wang mereka kepada jalan yang lebih berguna dan berfaedah.
“Saya selalu
marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak
sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit. Kalau nak cakap duit, saya
ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi di atas talian (online) tidak
mengapa, itu tidak guna duit.
“Saya tidak
mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada
artis pujaan. RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat sekampit
beras,” ujar bapa
kepada empat cahaya mata itu seperti yang dipetik laporan Malay Mail Online.
Johan sebelum ini sering kali memenangi pertandingan
berorientasikan hasil undian SMS peminat seperti Maharaja Lawak Mega dan Raja
Lawak.