SEKUMPULAN nelayan terkejut apabila seekor
ikan besar yang mereka tangkap tidak bersisik, sebaliknya penuh dengan ‘tatu’
seperti mahkota dan perisai, tulisan serta bentuk daun.
Nelayan terbabit yang juga kagum dengan tangkapan mereka
mengambil gambar ikan itu dengan ikan lain sebagai perbandingan.
Sejak gambar itu dimuat naik ke rangkaian berita tempatan
GMA News, ia mencetuskan ribuan komen daripada orang ramai yang cuba
memahaminya.
Satu
kemungkinan adalah ikan itu memang ditatu sebelum dicampakkan semula ke laut.
Namun seorang pembaca, Steve Clark memberi jawapan paling
boleh dipercayai.
“Mungkin ada sampah atau kain yang dicampakkan ke dalam
laut dan melekat pada badan ikan itu menyebabkan coraknya melekat pada badan
ikan itu.
“Ini sekadar pandangan saya,” katanya.
Tidak kurang juga yang menganggap ikan yang ditangkap di
wilayah Lopez, Filipina itu mempunyai unsur mistik seperti jelmaan dewa.
Seorang pengguna Internet berkata: “Banyak perkara di
dalam dunia ini yang tidak diketahui kita, terutama di laut dalam.
“Jangan lupa, laut jauh lebih luas berbanding daratan.”
Seorang
pengguna lain pula berseloroh dengan menulis, ikan itu mungkin banduan yang
terlepas dari penjara di dalam laut.