KAJANG
– Seorang gadis yang dipercayai terlalu tertekan kerana menjadi mangsa ugut
supaya membayar wang sebanyak RM20,000 kepada seorang lelaki warga asing
ditemui mati selepas terjatuh dari bumbung di Kondominium Sri Hijau di Bandar
Mahkota Cheras di sini semalam.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Tan Xue Yi,
27, dipercayai terjatuh ketika berdiri di tepi bumbung kondominium tersebut.
Difahamkan,
sebelum ditemui mati, mangsa yang berasal dari Ampang membuat satu laporan di
Balai Polis Kajang selepas dikatakan menerima ugutan supaya membayar wang
RM20,000 kepada seorang lelaki warga asing.
Seorang
saksi yang enggan dikenali memberitahu, sebelum gadis itu ditemui mati, dia
ternampak mangsa berlegar-legar di sekitar tangki air yang terletak di bumbung
kondominium setinggi sembilan tingkat tersebut.
“Saya
tinggal di kawasan perumahan bersebelahan kondominium itu dan ketika melihat
gadis itu, saya kebetulan berada di luar rumah.
“Saya
dari kawasan rumah melambai-lambai ke arah mangsa dan memberi isyarat supaya
dia turun tetapi gadis itu tidak mempedulikan tindakan saya,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.