KERANA didakwa sering berpakaian seksi,
seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan, Thailand dengan berat hati
terpaksa meletakkan jawatan selepas hal itu tidak disenangi pihak
pengurusannya.
Foto yang menunjukkan Parichat ‘Pang’ Chatsri, 26, berpakaian
seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen
negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers
Association.
Susulan gambar itu disiarkan, Pang menerima pelbagai
kecaman daripada netizen yang menuduhnya berpakaian tidak sopan dan menjolok
mata tidak selaras dengan pekerjaannya sebagai seorang jururawat.
Sehubungan perkara itu menjadi viral, Pang telah memohon
maaf secara terbuka.
“Saya sudah
memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap
kejadian itu merendahkan imej hospital.
“Saya faham
dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.
“Saya
memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta pihak
hospital,” katanya
dipetik Daily Mail.
Pang turut menjelaskan, dia berhenti kerja kerana enggan
menimbulkan masalah buat majikannya berhubung isu pemakaian seksinya.