London: Seorang chef menghasilkan cili diakui
yang paling pedas di dunia dan kepedasannya dikatakan boleh membawa maut.
Cili digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) dihasilkan
untuk digunakan dalam rawatan perubatan sebagai anestetik kerana minyak
dihasilkannya mampu mengebaskan kulit.
Mike Smith, 53, dari Wales Utara menanam cili dan sayur
sejak tujuh tahun lalu, lapor Daily Post.
Kepedasan cili itu mampu menyebabkan kejutan ala
anafilaksis dengan melecurkan saluran udara pemakannya seterusnya
menyebabkannya tertutup.
Malah ia lebih pedas daripada semburan lada digunakan
tentera Amerika Syarikat.