Kinabatangan: Seorang pekerja ladang sawit warga Filipina parah
selepas tangan kirinya hampir putus disambar buaya ketika membersihkan tangan
dan kakinya di Sungai Resang, Sukau, dekat sini, jam 5.30 petang, Khamis lalu.
Midzfar
Aksan Tiplahan, 21, yang bekerja sebagai penyabit buah sawit turut luka di kaki
kanan akibat dicakar reptilia terbabit.
Pengarah
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuga berkata, selepas menerima
maklumat berkenaan, kakitangan JHL Kinabatangan dikejarkan ke lokasi bagi
menjalankan pemeriksaan.
“Kejadian
berlaku di hulu Sungai Resang. Sebelum itu, mangsa mengambil kangkung bersama
rakan sekerja dan ketika dia membersihkan tangan dan kakinya di atas kayu di
tepi sungai, dia disambar buaya sebelum diheret ke dalam sungai.