Phnom Penh: Kementerian Kebudayaan dan Seni
Halus Kemboja menggantung pembabitan seorang pelakon wanita berusia 24 tahun
daripada industri hiburan selama setahun kerana dianggap terlalu seksi.
Menurut
Phnom Penh Post, arahan itu dibuat selepas pelakon terbabit, Denny Kwan enggan
mematuhi arahan supaya mengehadkan pemakaian pakaian terlalu menjolok mata.
Tahun
lalu, Denny diarahkan untuk ‘diajar’ oleh kementerian mengenai cara berpakaian
selepas gambarnya memakai gaun tersebar di media tempatan.
Phnom Penh
Post berkata, hukuman itu selari dengan Kod Etika Kelakuan Artis yang meminta
mereka berpakaian dengan cara yang mempamerkan maruah dan jati diri baik.
Syarikat
yang terbabit dalam industri hiburan turut diingatkan supaya tidak bekerjasama
dengan pelakon terbabit.
Ketua
Pengarah kementerian itu, Chamroeun Vanntha berkata:.“Arahan berkenaan dibuat
kerana Denny tidak mematuhi kod perilaku artis.
“Kami
sudah memberi peringatan kepadanya dan dia berjanji mematuhi namun masih
berkelakuan sama.”
Mengulas
sekatan itu, Denny berkata: “Saya tahu saya ada hak untuk berpakaian mengikut
kehendak diri, tetapi budaya Kemboja tidak dapat menerimanya. Saya akan cuba
tidak memakai pakaian terlalu seksi seperti selalu dimuat naik ke Facebook.”
Dia turut
memberitahu yang dia menerima sekatan itu.