Campur tangan keluarga dalam sebuah perhubungan selalunya makin merosakkan keadaan. Campur tangan keluarga adalah faktor ramai pasangan bercerai.
Ada yang tidak dapat bertahan lama kerana sikap keluarga yang tidak henti-henti mengganggu sehingga membawa kepada perceraian. Campur tangan keluarga bukan sekadar ibu bapa/ibu bapa mentua tetapi adik-beradik dan ipar-duai.
Inilah yang terjadi pada seorang isteri. Sikap ipar duai keluarga suaminya yang bermulut laser dan suka masuk campur urusan rumah tangga menyebabkan rumahtangganya hampir bercerai. Semoga kisahnya dijadikan tauladan buat semua.
“Ipar duai mulut laser. Adik beradik suami ramai perempuan. Jadi kadang-kadang perli memerli terutama pasal pakaian itu dah biasa. Ipar duai suka cakap pakaian saya macam makcik-makcik sebab pakaian labuh. Sebab mereka jenis bertudung tapi ‘belanja’, baju ketat dan tudung atas dada.
“Paling geram suka cakap pasal bekas kekasih suami saya. Bekas kekasih suami saya comel dan pandai. Kadang-kadang mereka sengaja tersasul panggil saya dengan nama bekas kekasih suami. Sekali dua tersasul tak apa. Ini dah dua tahun saya kahwin masih lagi cakap benda yang sama. Padahal suami dah bertahun single baru kami bercinta bukan saya rampas suami pun dari bekas kekasih.
“Selalu puji suami saya dulu hot ramai yang suka bila saya cakap saya pun ramai orang nak. Ehh! dia kata kita jeles pulak, hot abang awak itu yang dikejarnya saya jugak bukan org lain. Suka mintak duit kat suami saya (tahu itu tangungjawab suami sebagai adik-beradik) tapi kalau dah selalu main mintak, saya dan suami sebulan makan nasi kosong dan kicap saja ada mereka peduli?
“Wahai adik ipar dan kakak ipar ku yang cantik, kenapa mesti kamu ungkit tentang bekas kekasih suami saya? Kalau tak suka saya masuk keluarga kamu kenapa tak cakap dari awal dulu sebelum kami kawin?
“Tahu tak sebab mulut awak semua saya pernah terfikir nak lari rumah, terfikir nak mintak cerai( nauzubilah) sebab tak tahan dengan usikan kamu? Puas hati ke kalau rumah tangga kami runtuh?
“Wahai suami, aku sediakan makan minum, kau susah, aku pun turut rasa susah, tapi kenapa biarkan adik beradik mu buli isterimu? Aku bukan jenis balik kampung buat hal sendri, kema rumah, masak, buat semua tapi masih tak cukup. Ipar duai cakap pasal bekas kekasih suami juga.
“Saya akan ingat setiap kata-kata awak semua wahai ipar kesayangan. Sebab mulut kamu kami banyk kali bergaduh suami isteri. Doakan saya jadi manusia yang punya hati yang sabar dan mudah memaafkan. Sebab setiap kali jumpa ada saja yang tak kena dimata mereka. Ada saja ayat mengguris hati.
“Ingat ipar semua jangan sebab mulut hancur rumahtangga orang! Tak semua boleh terima cara kita lagi-lagi melibatkan masa silam diungkit dengan sengaja,” tulisnya.
Hidup berumahtangga sangat memerlukan timbang rasa dan tolak ansur serta hormat menghormati. Jangan cuba masuk campur dalam urusan rumah tangga adik beradik yang lain dan bermulut laser. – MissA/UtaraNews.com