Suamiku Kuat Bergurau Dengan Perempuan Lain

Setiap isteri pasti akan ada rasa cemburu apabila melihat suami bergurau dengan perempuan lain? Walaupun bergurau biasa tidak sampai berlaku curang, tetapi tindakan itu membuatkan isteri marah.
Sudah ada yang halal boleh bergurau dan bergelak bersama, mengapa perlu suami bergurau dengan perempuan lain? Suami juga mempunyai batas apabila bergurau dengan perempuan lain.
Suamiku Kuat Bergurau Dengan Perempuan Lain
Seorang wanita dan juga isteri mengakui berkecil hati dengan sikap suaminya yang suka bergurau dengan perempuan lain. Tidak kisah dengan mana-mana wanita pasti suaminya akan bercakap ‘manis’. Tetapi, dengan isteri sendiri tidak pula suaminya mahu ‘sweet talker’.
“Saya berumur 28 tahun sudah berkahwin dan bakal bersalin anak kedua awal April ni. Alhamdulillah kehidupan saya bersama suami dan anak baik baik saja.
“Walaupun suami saya tak sesweet suami orang lain, yang selalu beri hadiah birthday dan anniversary, yang selalu bawa anak dan isteri makan angin tapi saya tetap bersyukur kerana suami banyak membantu dari banyak hal. Masak, basuh baju, bancuh susu anak dan macam-macam lagi.
“Cuma satu je masalah. Suami sy ni suka sangat bergurau tak kena tempat dengan perempuan lain. Tak kisah la pelayan restoren ke pegawai customer service ke semua dia nak bergurau gelak gelak tak kena tempat. Tapi bila dengan saya taknak pulak gurau gelak camtu. Haih.
“Mungkin nampak simple tapi saya tak suka. Bila saya marah dia kata dia gurau saja,” tulisnya.
Tidak salah untuk bergurau tetapi perlu menjaga batas-batas pergaulan bersama bukan muhrim. Seeloknya bergurau dengan isteri sendiri dari bergurau dan ‘sweet talker’ dengan perempuan lain. Kerana isteri itu akan bersama anda dalam susah dan senang, gembirakan hati isteri pasti hidup tenang dan rumah tangga bahagia. – MissA/UtaraNews.com
loading...