Semakin hari dapat dilihat ramai wanita Muslim telah memakai tudung. Perubahan ini amat menggembirakan kerana ramai wanita Muslim seperti sudah mula sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat.
Tetapi, ramai wanita Muslim memakai tudung seperti mengikut perkembangan fesyen. Memakai tudung secara tidak sempurna dan tidak mengikut suruhan agama. Tudung seperti dipakai hanya untuk menutup rambut, tetapi aurat yang lain masih lagi didedahkan.
Seorang wanita mempertikai cara wanita Muslim lain yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat dengan betul. Apa yang wanita Muslim faham tentang definasi bertudung, adakah sekadar untuk menutup cela?
“Sebenarnya apa definisi tudung bagi korang ? Tudung ini hanya untuk tutup kepala atau pun tutup aurat sebenarnya ?
“Okay, saya akui saya bukan alim berjubah berpurdah bagai. Saya pun pakai skinny jeans dengan boyfriend shirt lagi ni haa. Tapi, alhamdulillah tak pernah lagi pakai tudung dengan shirt lengan pendek, baju tanpa lengan lagi tak pernah pakai, minta jauh.
“Tapi saya ada saja kawan yang pakai tudung celup celup. Jenis pakai tudung tunjuk jambul pun ada. Ada yang warna rambut merah, blonde, dan grey bagai pun ada.
“Saya bukan nak kolot atau nak konservatif. Tapi saya sebenarnya tak faham dan tak boleh terima wanita yang pakai tudung tapi pakai baju tanpa lengan. Ada yang pakai tudung elok tetapi kat media sosial tayang gambar nampak rambut.
“Yang wanita jenis celup celup pun tak paham juga sebenarnya. Kalau nak freehair itu freehair saja lah. Kalau nak pakai tudung itu pakai elok-elok, tudung ni ada nilai dia sendiri.
“Sebenarnya tudung itu untuk sembunyikan rambut atau untuk menutup aurat? Akhir kata saya harap kenyataan ini tiada melukakan hati mana-mana pihak. Niat saya hanyalah untuk menegur sesetengah wanita yang meremehkan hal tudung ni,” tulisnya.
Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim. Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang ramai. Jika mahu bertudung biarkan istiqamah jangan hanya sekadar mengikut fesyen. – MissA/UtaraNews.com