Anak-Anak Sanggup Buang Ayah Di Ladang Kelapa Sawit

Tular di media sosial seorang lelaki warga emas dikatakan telah di buang oleh anaknya di dalam ladang kelapa Sawit, Bera Selatan 4.
Ibu dan bapa boleh menjaga sembilan orang anak, tetapi sembilan orang anak belum tentu boleh menjaga ibu dan bapa. Itulah yang diluahkan oleh netizen apabila melihat nasib malang yang menimpa Mohamed bin Muhamed Jali.
Anak-Anak Sanggup Buang Ayah Di Ladang Kelapa Sawit
Menurut sumber, warga emas itu telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri di ladang kelapa sawit itu. Tetapi, mangsa bernasib baik kerana telah ditemui oleh orang awam yang kemudian membawanya ke Pejabat Ladang Bera Selatan 4.
Lebih memilukan apabila dikatakan mangsa dari pagi tidak menjamah sebarang makanan. Lebih menimbulkan amarah netizen apabila dikatakan anak-anak mangsa seolah-olah tidak ambil peduli selepas dimaklumkan dan diminta mengambil bapa mereka.
Anak-Anak Sanggup Buang Ayah Di Ladang Kelapa Sawit
“Anak-anak dah tahu tetapi buat tak reti. Siapa saudara pakcik ini yang prihatin, datang jemput pakcik ini,” kata sumber.
Sehingga kini, punca kenapa anak-anak mangsa membuang bapa mereka masih belum diketahui. Dari mesej yang ditulis anak-anak mangsa seperti tidak tahu untuk membuat apa-apa pada bapa mereka.
Tanggungjawab seorang anak untuk menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Bukan membuang mereka seperti sampah, waktu kecil ibu dan bapa yang menjaga si anak, sudah tua sepatutnya anak-anak membalas jasa mereka. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...