Atlet Karate Sabah Larikan Diri Ke Luar Negara Kerana “Takut’

“Berani kerana benar”, jika betul berada di pihak yang benar kenapa perlu melarikan diri? Antara persoalan yang dilontarkan netizen kepada seorang atlet karate Sabah yang dikatakan hampir dirogol dan disamun oleh dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI).
Alice Lien Hua dikatakan telah menggagalkan cubaan rogol dan samun PATI itu apabila membelasah mereka sehingga koma.
Terkini, pihak polis Kota Kinabalu telah menafikan kejadian tersebut. Pihak polis mendakwa tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu. Alice menerusi akaun Facebook telah mendedahkan memang tidak membuat laporan polis kerana risau akan dijatuhkan hukuman mati.
Atlet Karate Sabah Larikan Diri Ke Luar Negara Kerana “Takut’
“Sebenarnya saya masih belum membuat sebarang laporan polis kerana takut kes akan dibawa ke mahkamah dan dihukum gantung sampai mati. Sama seperti kejadian sebelum ini, dihukum penjara. Tapi kalau mereka berkeras juga, saya keluar dari negara ini.
“Sudah masanya untuk pergi. Sebelum saya pergi, saya harap anda semua faham tindakan saya mencederakan mereka berdua. Ia mampu memberi kesan kepada Sabah dan generasi muda,” tulisnya.
Segelintir netizen mendakwa Alice telah mereka cerita palsu untuk menutup kesalahan beliau yang sebenarnya telah melanggar PATI itu. Kes ini menjadi semakin rumit apabila Alice bertindak untuk terbang ke luar negara daripada menyelesaikan kes ini secara baik dengan membuat laporan kepada pihak polis.
Pihak polis mempunyai undang-undang, jika Alice berada di pihak yang benar pihak polis akan menyiasat kes ini dengan lebih terperinci. Undang-undang tidak boleh menjatuhkan hukuman mati kepada mana-mana individu tanpa ada bukti yang sah. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...