Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin sedang digosipkan sedang rapat dengan seorang selebriti berstatus VIP tetapi identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan.
Tetapi, tanda tanya peminat tentang identiti wanita itu seperti sudah diketahui oleh umum apabila Fattah dilihat rapat dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
Azrinaz sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Wak Doyok tetapi hubungan mereka terputus apabila Wak Doyok telah mengeluarkan kenyataan sudah tidak bersama wanita itu.

Dakwaan itu kuat mengatakan Azrinaz adalah kekasih baru Fattah apabila Azrinaz ada memuat naik gambar mereka bersama dengan kapysen seperti pasangan bercinta.
“I nak tidur tapi dia ajak minum supper sebab malam minggu katanya. Sekali sekala oklah #signboardbelakangtudahkenapa #jgnmarahyapeminatfattah #surihatisiapa #kakakdanadik #mukadiapink #fattahamin,” tulisnya.
Menerusi gambar tersebut pelbagai reaksi dari peminat, ada yang merasakan pasangan ini sepadan dan ada juga peminat yang mengkritikan mengatakan Fattah tidak sesuai bercinta dengan wanita berusia.
Terdahulu, Fattah pernah dikaitkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas isteri orang kenamaan. Fattah dilihat mula rapat dengan wanita berstatus VIP itu setelah mengeluarkan kenyataan sudah menamatkan hubungan cinta dengan pelakon Neelofa. – MissA/UtaraNews.com