Wanita Muda Temui Ajal Sebab Nak Cantik

Wanita dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, sudah putih tapi mahu lagi putih. Sudah kurus tetapi mahu lagi bentuk badan yang kurus.
Disebabkan obses wanita pada kecantikan, apa sahaja produk kecantikan yang dijual dipasaran pasti akan mendapat sambutan hebat. Tetapi, sedarkan anda produk kecantikan yang digunakan boleh membawa maut?
Kebanyakkan wanita membeli atau mengguna produk kecantikan sebab termakan janji-janji manis penjual produk. Apabila diperiksa produk yang digunakan tidak mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Wanita Muda Temui Ajal Sebab Nak Cantik
Perkongsian seorang doktor bernama Dr Rafidah Abdullah mendedahkan seorang pesakitnya merupakan wanita muda menemui ajal kerana terlalu percaya pada produk kecantikkan sehingga meninggalkan segala ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital.
Wanita itu baru berusia 17 tahun, sudah lama meninggalkan ubat-ubatan hospital. Wanita itu memilih untuk memakan serta menggunakan produk untuk kosmetik menyebabkan wanita itu telah dikejarkan ke hospital kerana tenat dan akhirnya meninggal.
Wanita itu telah menghidap penyakit kencing manis selama dua tahun, tetapi tidak mahu mengambil insulin. Disebabkan masih muda dan obses cantik lantas wanita itu hanya makan ubat dan sapu-sapu untuk tujuan kosmetik sahaja.
Dr. Rafidah akui kulit wanita itu lembut tetapi terlampau lembut dan bersinar-sinar. Tetapi, segala ubat-ubatan yang digunakan oleh wanita itu mengandungi ‘Steroid’.
“Umur baru 17 tahun. Kencing Manis dah 2 tahun, tapi tak mahu ambil insulin. Ye lah, masih muda kan, muka cantik lagi penting. Lantas beliau hanya makan ubat & sapu-sapu untuk tujuan kosmetik sahaja. Betul, kulit beliau lembut (sebenarnya terlampau lembut) dan bersinar-sinar (glowing).
“Sayangnya, ubat-ubat tersebut mengandungi STEROID! Steroid ini menjadikan kandungan gula dalam darah terlampau tinggi. Lantas beliau datang dalam keadaan tenat dengan komplikasi DIABETIC KETOACIDOSIS.
“Bacaan gula 45 mmol/L. Bukan itu sahaja kulit beliau yang disapu berkarton ubat-ubat nak lawa (juga mengandungi steroid) sangat nipis (atrophy), senang luka dan ada kawasan yg nanah terkumpul dibawah kulit (abcesses, seperti gambar hiasan),” ujarnya.
Wanita muda itu didapati mengalami Septicaemia (kuman melarat masuk dalam darah), kuman dikenali sebagai Staphylococcus Aureus. Bukan calang-calang kuman, dan merebak ke pelbagai organ seperti buah pinggang, paru-paru, dan jantung.
Disebabkan itu, pesakit tidak dapat bernafas, koma dan menemui ajal selepas berperang lebih 20 hari di Unit Rawatan Rapi.
Dr Rasidah menasihati sesiapa sahaja di luar sana untuk tidak meninggalkan ubat doktor sarankan terutamanya untuk pesakit seperti kencing manis. Hanya kerana mahu kelihatan cantik tetapi boleh meragut nyawa sendiri? Hargailah nyawa anda dan tidak menggunakan sebarang produk yang membahaya pada tubuh badan anda. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...