Berang Di Saman, Lelaki Gelar Polis Sebagai Anjing

Anggota polis adalah badan beruniform yang memberi peranan yang penting dalam menjaga keselamatan sesebuah negara. Jika tiada anggota polis, jenayah akan berleluasa.
Tetapi, masih ramai netizen yang tidak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan anggota polis. Hanya disebabkan dikenakan saman kerana melakukan kesalahan undang-undang, seorang lelaki telah menghina anggota polis.
Menerusi laman sosial Twitter seorang lelaki telah memuatnaik status menghentam pasukan keselamatan ini dengan menggelar mereka sebagai ‘anjing’.
Berang Di Saman, Lelaki Gelar Polis Sebagai Anjing
Lelaki itu dikatakan marah kerana keretanya telah disaman dan mengatakan dirinya sebagai tidak bersalah. Malah, lelaki itu terus menerus memuatnaik kata-kata kesat pada anggota polis seperti ‘Fuck Polis’ dan ‘Pergi jahanam dengan uniform buruk tu”.
Disebabkan rasa terlalu jijik dengan pekerjaan polis itu, lelaki itu mengatakan akan menampar anaknya sekiranya menjadi salah seorang anggota polis.
“Kalau anak gua nanti nak jadi ‘anjing’ pakai uniform tu, memang gua tampar sampai pekak,” tulisnya.
Berang Di Saman, Lelaki Gelar Polis Sebagai AnjingBerang Di Saman, Lelaki Gelar Polis Sebagai AnjingBerang Di Saman, Lelaki Gelar Polis Sebagai Anjing
Netizen telah mengecam hebat lelaki itu dan menasihatkan lelaki itu untuk memohon maaf pada anggota polis. Perbuatan lelaki itu disifatkan sebagai sangat kurang ajar.
Sementara itu, akaun Twitter milik lelaki itu sudah dinyahaktifkan berikutan takut dikenakan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
Jangan terlalu ikutkan perasaan marah, kelak menyesal kemudian hari. ‘Berani buat, berani tanggung’. -MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...