Majlis fatwa telah lama dikeluarkan semenjak tahun 1995 lagi tentang pengharaman rokok. Rakyat juga rata-rata mengetahui tentang perkara itu tetapi masih ada juga yang menghisap rokok dan mengambil ringan perkara ini.
Namun begitu, rakaman ceramah PU Faiz membincangkan tentang isu rokok telah tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Rakaman itu mula menarik perhatian netizen terutamanya penghisap rokok apabila PU Faiz telah membuat beberapa kenyataan mengenai hukum wajib menghisap rokok di kalangan umat Islam.

PU Faiz menggambarkan merokok boleh menjadi hukum wajib mengikut situasi.
Beliau memberikan contoh hukum merokok boleh menjadi wajib untuk sesetengah orang misalnya seorang nelayan menghisap rokok kerana dikhuatiri tidak menghisap rokok akan mengganggu konsentrasi semasa berada di laut.