Boleh dikatakan semua umat Islam yakin dan percaya tentang kewujudan jin. Dalam dalil juga ada menceritakan tentang kewujudan jin ini.
Tetapi, tidak sebolehnya percaya secara berlebih-lebihan dalam kewujudan jin ini. Sehinggakan orang terdekat hanya mendapat penyakit biasa dikatakan terkena perbuatan jin.
Menerusi perkongsian di sebuah ‘group’ di facebook, seorang wanita telah berceritakan rakannya telah ‘dirogol’ jin ketika sedang berpantang bersendirian di rumah.

Rakan wanita itu menunjukkan bahagian peha penuh dengan lebam-lebam. Lebam itu bukan lebam biasa tetapi lebam seperti telah ditumbuk. Pada sangkaan wanita itu, rakannya telah di belasah oleh suaminya. Wanita itu mengajak rakannya membuat laporan polis.
Namun begitu, rakannya mendedahkan lebam itu bukan kerana ditumbuk oleh suami tetapi lebam kerana ‘dirogol’ jin.
“Malam ketujuh berpantang, suami dia dah mula bekerja syif malam. Maka tinggallah dia berdua dengan anak kecil. Lebih kurang jam 4 pagi, dia terasa diri dia berat tapi tak boleh buka mata.
“Dia rasa ada lidah yang panjang sedang menjilat lehernya. Dia meronta-ronta, baca ayat kursi dan macam-macam surah yang terlintas. Selepas ‘benda’ itu hilang, dia pun terjaga. Puas dia tahan mata agar tidak terlelap tetapi dia tewas dan akhirnya tertidur semula.
“Kali ini, ‘benda’ itu datang dari belakang dan mula menjilat lehernya. Mula-mula dia meronta tetapi bila lama kelamaan dia menjadi khayal dan sedap. Dia rasa kuku yang panjang meraba dan mencakar di pahanya. Sakit tetapi dia khayal. Akhir sekali benda itu masukkan sesuatu dalam farajnya dan dia tetap layan walaupun sakit.
“Dia hanya sedar bila ‘benda’ itu sudah pergi. Terus dia menghubungi suaminya dan menceritakan segala apa kejadian yang berlaku,” tulisnya.
Rakan wanita itu dalam proses berubat dengan seorang ustaz. Wanita terbabit menasihatkan agak para suami untuk tidak mengambil mudah ketika menjaga isteri sedang berpantang.
Badan wanita semasa berpantang kotor, syaitan memang suka dekat. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar. Untuk melindungi dari kejadian seumpama ini, dalam Islam juga manasihat untuk berwudhuk, mengamalkan ayat tiga Qul, dan berzikir sebelum tidur. –MissA/UtaraNews.com