Saya Dan Randy Hanya Kawan Biasa

PELAKON Nur Fazura menyifatkan gelaran ‘girlfriend’ yang digunakan oleh DJ dari Amerika Syarikat(AS) iaitu Randy Seidman dalam sebuah video yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, bukan suatu perkara pelik.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata, penggunaan kata itu bukanlah petanda mereka sedang bercinta sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.
Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada kawan perempuan. Manakala rakan lelaki mereka merujuk kepada guy friend.
Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa,” katanya memetik blog Rotikaya.
Saya Dan Randy Hanya Kawan Biasa
Fazura berkata demikian sebagai mengulas video berdurasi 10 minit yang menyaksikan Randy mempertahankan Islam selepas ,melihat dua lelaki memegang sepanduk provokasi bagi melarang kemasukan kemuniti Islam ke negara Uncel Sam itu.
Lelaki itu dilihat melahirkan rasa kesal kerana tindakan terbabit memberikan imej buruk kepada AS dan juga orang Islam, termasuk Fazura yang dirujuk sebagai ‘girlfriend’ dalam video terbabit.
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini turut melahirkan rasa terharu di atas sifat kemanusiaan rakannya kerana biarpun berlainan agama, jejaka kulit putih berkenaan sanggup mempertahankan Islam dan penganutnya berhubung isu kontroversi itu. -MYNEWSHUB.CC
Previous
Next Post »
loading...