Isteri Ditampar Kerana Kejut Suami Bangun Solat Subuh

Perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah, pasangan bersama-sama saling melengkapi. Susah dan senang bersama pasangan masing-masing.
Bergaduh macam mana pun suami dengan isteri, sebaiknya suami tidak perlu ‘naik tangan’ pada isteri. Isteri untuk dilindungi bukan untuk di sakit, sudah sekali ‘naik tangan’, pasti akan menjadi ‘tabiat’ untuk memukul isteri.
Seorang wanita dikenali sebagai Zainab Mai Pampo, 26, telah berkongsi diari penceraian dan menjadi tular di media sosial.
Isteri Ditampar Kerana Kejut Suami Bangun Solat Subuh
Zainab telah dijodohkan oleh ahli keluarganya sendiri tanpa pengetahuan dengan sepupu jauhnya, Abdul Samad. Ketika berkahwin Zainab masih lagi seorang penuntut di sebuah universiti.
Ibu bapa Zainab memilih Abdul Samad untuk menjadi menantu kerana mengenali lelaki itu sebagai seorang lelaki yang baik, soleh dan tinggi pengetahuan agamanya. Selain itu, lelaki itu juga mempunyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang bagus dalam industri minyak dan gas.
Sebelum ini, Abdul pernah berhasrat untuk berkahwin dengan gadis pilihan sendiri. Tetapi ditentang oleh keluarga kerana ibunya mahu kahwin anaknya itu dengan perempuan pilihan mereka dari keturunan yang baik.
Tanpa pengatahuan Zainab, ibunya telah menyatukan mereka dan mengikat tali pertunangan. Tarikh pernikahan mereka telah ditetapkan enam bulan kemudian.
Sangkaan Zainab berkahwin dengan lelaki yang baik, bertanggungjawab dan tinggi pengetahuan agamanya adalah salah sama sekali. Semua itu indah khabar dari rupa.
“Selepas berkahwin, saya sedar bahawa suami saya bukanlah seperti yang dikatakan sebelum ini. Selepas berkahwin, dia paksa saya berhenti dari universiti. Ibu bapa saya tahu akan perkara ini sebab saya memberitahu mereka tetapi mereka nasihatkan saya akur dan hormat pada kehendak suami. Saya akhirnya terpaksa akur, lagipun syurga di bawah telapak kaki suami.
“Abdul berhenti sembahyang, malah sebelum kahwin lagi dia sering mengingatkan saya agar jangan tinggalkan lima waktu. Tetapi dia sendiri benci bersembahyang.
“Kami pernah bergaduh sebab saya kejutkan dia untuk bangun solat subuh. Dia sangat marah kerana saya kejutkan dia untuk bangun sehingga saya ditampar dua kali dan diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi. Saya menggigil ketakutan. Saya tak pernah ditampar di muka sejak dari kecil, walaupun ibu bapa saya sendiri,” ujarnya.
Sejak dari itu, suaminya sudah mula ‘naik tangan’ pada Zainab, hanya melakukan kesalahan kecil, Abdul akan memukul, menampar dan menendangnya.
Suatu hari Zainab telah dibelasah teruk dan hampir mati, Abdul berang kerana makanan yang dihidangkan telah basi. Waktu itu Zainab telah mengandung beberapa bulan. Cuba untuk mempertahankan kandunganya Zainab cuba melawan.
Zainab telah melarikan diri dari rumah dan cuba mencari hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum pengsan di pintu hospital. Disebabkan di belasah oleh suami Zainab telah mengalami keguguran.
Selama berada di hospital 10 hari, suami langsung tidak melawat. Hanya ibu mertua datang melawat hari ketujuh dan membawa surat penceraian anak lelakinya.
“Saya ceraikan awak dengan talak satu kerana tidak balik ke rumah dan keluar dari rumah tanpa kebenaran.
“Saya akan menerima awak kembali jika awak mengaku menyesal dengan perbuatan awak dan meminta kemaafan dari saya dan ibu saya,” tulisnya dalam surat tersebut.
Pasangan ini telah pun bercerai dan Zainab mengakui bersyukur kerana telah berjaya keluar dari perkahwinan itu. Kepada wanita yang berkongsi nasib yang sama, tolong selamatkan diri anda. Tidak ada guna mempertahankan perkahwinan seperti ini dan terus menjadi mangsa dera suami. Lebih baik bercerai dari mati secara perlahan-lahan. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...