5 kesilapan yang patut dijauhi di media sosial ketika bertunang

Fasa bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak. Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan.
Tetapi, dengan teknologi dan kecanggihan media sosial tidah hairan apabila ‘pertunangan’ akan segera disebarkan kepada orang lain. Namun begitu, ramai pasangan masih tidak tahu terdapat beberapa larangan yang perlu di ambil kira ketika bertunang yang tidak perlu di muatnaik di media sosial.
5 kesilapan yang patut dijauhi di media sosial ketika bertunang
Pasangan bertunang tidak perlu menunjukan berapa karat cincin tunang di media sosial. Malah lebih baik tidak memberitahu harga cincin yang dibelikan oleh pasangan pada anda.
Memaklumkan pertunangan di media sosial memang dirasakan mudah. Tetapi, jika keluarga besar yang lain tidak mengetahui tentang pertunangan anda. Pasti akan timbul rasa kecil hati.
Sementara itu, wanita yang sudah bertunang juga kerap kali memuat naik tarikh, tempat dan butir-butis acara pertunangan di media sosial. Seeloknya perkara penting itu hanya di agihkan pada meraka yang diundang. Mendedahkan tarikh penting di media sosial pada orang yang tidak diundang untuk apa?
Kerap kali wanita yang sudah bertunang juga suka meletakkan namanya dengan gelaran Mrs. Seeloknya gelaran itu digunakan jika sudah sah bernikah dan bergelar isteri. Jika menggunakan gelaran itu belum masanya akan membuatkan follower rasa muak dan bosan dengan sikap anda.
Sebenarnya lebih baik tidak di hebohkan pertunangan. Jika sudah dekat dengan tarikh nikah, barulah mengkhabarkan kepada orang ramai. Cukuplah sekadar saudara-mara dan sahabat terdekat sahaja yang tahu. MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...