Suami Isteri Saman JAWI kerana ditangkap Khalwat dalam Hotel Bajet

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan pegawai penguat kuasa jabatan itu atas dakwaan telah ditangkap dan ditahan secara salah kerana disyaki berkhalwat.
Mohd. Ridhuan Giman, 34, dan Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, yang telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dalam pernyataan tuntutan mendakwa, mereka yang diijabkabulkan pada 17 Oktober 2014 telah menginap di sebuah bilik hotel bajet di ibu negara pada 8 Januari lalu.
Mohd. Ridhuan mendakwa, kira-kira pukul 1.30 pagi, hari kejadian pegawai-pegawai serbuan telah menyerbu bilik mereka dalam keadaan isterinya ketika itu tidak berpakaian lengkap.
Suami Isteri Saman JAWI kerana ditangkap Khalwat dalam Hotel Bajet
Walaupun gambar sijil nikah dan gambar perkahwinan telah ditunjukkan namun pegawai penangkap masih tidak menerima bukti tersebut.
Mohd. Ridhuan, Siti Sarah dan ibu mentuanya yang berusia 57 tahun selaku plaintif pertama hingga plaintif ketiga, sehubungan itu menuntut ganti rugi am atas kecederaan reputasi akibat tangkapan dan penahanan salah serta hak privasi mereka dicerobohi.
Mereka yang diwakili peguam Yusfarizal Yussoff turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Previous
Next Post »
loading...